BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 25, 2011

berkongsi lagi

aku menulis lagi..kisah aku sambil menyedok pengalaman teman-teman di sekeliling untuk dikongsi jika ada iktibarnya..hehe..lama dah tak update..asyik sibuk dengan aktiviti di rumah (macam2..hehe)..dtambah dengan ~Home Tuition~ aku..alhamdulillah bertambah,walaupun tidak ramai tapi untuk permulaan aku rasa sangat-sangat bersyukur..memandangkan untuk masa yang singkat ini,fokus aku hanya pada budak-budak PMR,SPM,STPM (sns side)..time is running..walaupun setakat mengajar mereka untuk last2 minit..aku pun terasa tempiasnya..apa tidaknya,aku pun sama-sama menghitung hari..8 hari lagi nak PMR, 49 hari lagi nak SPM, dan 56 hari lagi STPM..hmmm..insyaallah aku cuba berkongsi ilmu ini sebaiknya..

ha..lupa plak,pejam celik pejam celik..aku juga semakin tidak sabar menanti hari konvokesyen nanti..kurang dari sebulan,aku bakal bergelar graduan UTeM secara rasminya..yala,apa rasanya naik ke pentas tu ye..hehe..masuk ke dewan konvo pun sudah cukup membakar semangatku untuk cepat-cepat bergraduasi..4 tahun berlalu sebentar cuma..banyak cabaran,dugaan, dan halangan sepanjang pembelajaran aku di sana..tapi yang paling utama,kurang motivasi mungkin punca utama..tidak kurang juga,tersimpan dan terpahat memori manis,pahit,masin, dan masam di UTeM..segala yang baik-baik aku simpan elok-elok di hatiku..terutama bersama teman-teman yang amat kusayangi..yang buruk-buruk tu,buang je la jauh-jauh..bak kata orang,buang yang keruh ambillah yang jernih..hehe :p

mengimbas kenangan lalu sambil menulis di blog nie,tak abis sehari suntuk..hehe..yang penting sekarang, waktu sekarang yang penting.. :) persediaan projek terbaru pun semakin memeningkan..'eh zatie,tak start lagi dh pening?haha'..begitulah..orang kata,untuk memulakan itu sangatlah payah..mendengar namanya pun boleh buat aku muntah hijau..opss..tapi bila membayangkan hasilnya nanti,aku jadi bersemangat kembali untuk meneruskan ia hingga ke titik akhirnya..ok2..proposal dah hantar..bermula episod baru..walaupun belum rasmi untuk berkhidmat untuk projek,aku sudahpun diberi tugas untuk menyediakan satu dokumen untuk projek ini..2 minggu tertangguh,aku sendiri rasa terbeban..huhu..ok2..zatie,stop thinking and start acting :)

p/s: adapter aku rosak pulak tym2 camnie..doc sumer ade kt lappy..huhu..fulus blum mgizinkan aku beli yang baru..so,ade tak yang sudi pinjamkan?hehe :p

0 komen: